Assalamualaikum semua...
Sekejap je ari Ahad, sok nk keje balik.. rase x puas je dok umah memalas-malaskan diri.. tp apakan daya.. masa tetap berlalu dan tibalah hari yg baru yg mendatang esok...aishh... (mengeluh je aku ni)
Ari ni aku hanya lepak di rumah je.. slpas siap kemas+basuh bju+ masak aku pon terusla aktiviti aku memblog- hopping..ye aku mmg suke memblog-hopping.. menyinggah blog2 rakan2 n even org yg aku x kenali.. tapi kali ni mase aku menyinggah2 blog yg lain aku telah membaca rintihan penulis2 tu.. bile membaca blog mereka aku terasa sangatla sedih dengan dugaan yg mereka lalui...dan tetibe sejenak dari situ aku berfikir.. aku bukan seornag hamba sahaja yg menerima ujian hebat dari NYA.. tetapi ramai lagi yg menerima ujian lagi besar dari NYA.. ya kehilangan seseorang itu sangatlah menyedihkan.. tetapi lagi menyedihkan jikalau seseorang yg kite hilang itu pergi wat selama-lamanya...
kisah yg petama aku dengar arini ialah penyanyi Achik (nama penuh x ingat) telah meninggal dunia semalam akibat kemlangan jalan raya di simpang tol kalau x silap Nilai Padas.. aku tengok berite ni di TV1 tghari tadi dan agak terkejut seornag lagi artis yng telah meninggal dunia selepas Yani dari Mentor dan juga Din Beramboi.. melihat keadaan isteri Achik yg sgt lesu n x bermaya membuatkan aku lg terpikir bgaimna kalo aku di situasi-nya untuk menghadapi dugaan itu..Ya Allah..
selepas itu semasa aku berblog- hopping aku terbaca satu rintihan dari penulis blog tersebut di mana kandungannya yg berusia 4 bulan tiba-tiba tiada.. Ya Allah.. bila aku baca aku sangat terkejut sb terjadinya perkara sebegitu .. MasyaAllah.. itulah kuasa tuhan.. aku sudah pun mengalir airmata .. ujian besar bg penulis itu.. aku harap beliau tabah mengharunginya.. insyaAllah...
lagi aku terbaca, seorang ibu yg kehilangan anaknya yg berusia kalo x silap 2 tahun lebih..yg ni lagi sedih+hiba.. walaupon aku tidak mengenali penulis tersebut tetapi penyampaian yg beliau tulis sudah cukup tuk aku mengalirkan air mata... menurut beliau.. anak lelakinya itu dari kecil tidak mengalami apa2 penyakit sehingga satu hari arwah kelihatan pucat n lesu..dibawanya ke hospital n disahkan mengalami ketunbuhan di paru-parunya.. MasyaAllah .. ini kuasa tuhan.. menarik nyawanya dgn sekelip mata.. aku melhat gambar2 arwah yg sgt comel .. aku yg hanya membaca ni pon membolehkan aku sedih.. apatah lagi ibunya yang melahirkan n membesarkan arwah sehingga saat itu... aku beharap juga beliau tabah menghadapi dugaan itu dari -NYA...
sejenak aku bepikir.. aku bukan seorng saja yg mengalami ujian yg hebat dari-NYA.. ramai lg yg sekeliling aku yg lebih hebat menerima dugaan dari NYA.. untuk di hitung dugaan apa yg aku alami dgn yg aku ceritakan di atas lebih 10000x jauh bezanya.. Ya Allah.... aku sebagai hamba yg lemah ini selalu terlupa dgn apa yg ada.. mungkin terbacanya aku cerita2 di atas untuk mengingatkan aku untuk mendekati-NYA lebih dekat dan hargai segala2 yg ada di sekeliling aku...
Semoga penulis diatas dan isteri achik sabar menghaapi dugaan dari -NYA.. insyaAllah... ;((((((((
"Ya Allah Ya Tuhanku... tabahkanlah and kuatkanlah hatiku untuk menerima segala ujian-ujian yg dtg dari Mu...AMIN"