Monday, October 19, 2009

perasaan bercampur aduk

Salam semua..

di kala ini aku masih di ofis..
menemani kawan karibku Azura menghabiskan kerja-kerja sebelum pulang..
aku pula, sudah siap kerja-kerja yang ditugaskan..
cuma ada sedikit-sedikit sahaja..

maka aku cubalah untuk menyusun gambar..
untuk diletakkan ke dalam Facebook aku..
tapi hampa.. asyik-asyik tidak boleh..
tidak mengapalah.. esok hari ada lagi..

lagi dua minggu..
ada khabar gembira dan tidak gembira..
khabar gembira yang aku tidak sabar-sabar menanti harinya..
tetapi ada juga khabar tidak gembira yang aku benci dan harap hari itu tidak tiba..
tapi apakan daya..
aku tidak berupaya untuk memberhentikan waktu/hari itu.
walaubagaimanapun aku harus melaluinya..
pedih atau tidak..
hari itu akan tiba jua..

aku tahu..
kadang-kadang apa yang dirancangkan..
tidak akan berlaku..
tapi aku percaya..
kenapa ianya terjadi..
ini kerana Allah swt itu Maha Adil..
DIA Maha mengetahui apa yang baik buatku..
insyaAllah masa itu akan tiba jua juga..

apa yang aku minta..
pada hari itu..
aku tidak mahu mendengar apa-apa berita tentang khabar tidak baik itu..
aku mahu khabar gembira sahaja ..

aku tahu..
mungkin salah seorang dari ahli keluarganya akan menelefon aku..
tetapi aku tidak terdaya untuk mendengar itu semua..

ya Allah ya Tuhanku..
kuatkanlah semangat hambamu ini..
untuk melalui detik-detik itu..

apa yang aku mahu ialah..
aku mahu gembira sahaja bersama-sama kawan-kawanku ke destinasi yang akan kami tuju nanti..
pada hari yang sama n detik yang sama..

semoga aku tabah melalui semua ini..
-Amin-








No comments: