Saturday, April 10, 2010

hari ini hari sabtu!


hello semua.. hari ini hari sbtu.. tapi di kala ini aku di rumah.. tidak keluar ke mana-mana.. hanya mahu memalaskan diri di rumah sahaja dan juga mengemas bilik aku ini yang bersepah bagai kan ribut taufan melanda.. hehhe.. mana tidaknya.. minggu lepas aku dengan rakan-rakan telah menghitamkan diri masing-masing ke pulau yang nan indah.. ya pulau itu adalah Pulau Lang Tengah yang terletak berhampiran negeri Terengganu.jadi minggu ini aku mahu melepakkan diri di rumah sahaja dan mengemas apa-apa yang patut..

ok.. berbalik kepada percutian kami ke Pulau Lang Tengah itu.. aku sangatlah berpuas hati dengan percutian tersebut. rakan-rakan dan juga bos-bos seramai 30 orang sangatla happening sangat.. walaupon ada sedikit-sedikit masalah yang terjadi, tetapi kami teruskan percutian dengan hati yang girang..

percutian selama 3 hari 2 malam itu sangat menyeronokan.. Lang Tengah ialah destinasi bagi mereka yang mahu merehat-rehatkan diri dengan keindahan alam dan juga air laut yg tenang dan kebiruan.. pulau ini kecil sahaja.. disitu terdapat 3 jenis chalet .. dan kami ditempatkan ke chalet Redang Lang.. penempatan yang selesa dan makanan yang banyak dan sedap disediakan.. kemudahan lain yang terdapat disitu adalah.. karaoke..karem.. snooker.. boat untuk memancing.. kursus diving dan juga banana boat..

bagi kamu-kamu semua yang tidak pernah berkunjung ke situ.. aku amatlah syorkan ..tetapi disitu tidak terdapat banyak koral-koral yang berwarna-warni seperti di Pulau Tioman yang aku pernah pergi dahulu.. cume airnya sangat kebiruan dan jernih.. itu perdapat aku sahaja.. pendapat orang lain mungkin berbeza ye..

ok.. saya lampirkan gambar-gambar kami di LAng Tengah.. Enjoy!!





No comments: