salam semua..
hari ini aku tak pergi kerja.. kerana bila aku terjaga pagi2 tadi kepala aku pusing2 sehingga aku tak boleh bangun.. di tambahkan lagi semput aku yang tak sudah2.. walaubagaimanapun aku gagahi jua untuk terima dugaan yg aku terima .. alhamdulillah berbekalkan ubat2 yang ada, maka aku beransur pulih.. insyaAllah esok boleh sambung kerja ..
seharian hari ini aku berfikir panjang.. tentang kerjaya, kehidupan dan juga keluarga.. umur aku semakin meningkat..dan aku perlu mengatur rona-rona kerjaya dan kehidupan aku..hidup hanya sekali dan aku tak mahu sia-siakannya..
tentang kerjaya.......
ya.. buat masa sekarang ini aku masih lagi di alam mengenali dan menyesuaikan diri dengan kerjaya.. bagi aku, tempoh 3-4tahun untuk mengenali dan merasai kerjaya ini ialah tempoh masa untuk aku membuat keputusan .. ya keputusan untuk aku melangkah lebih jauh di bidang yang sesuai buat aku..insyaAllah berbekalkan nasihat dari orang tua aku, aku cuba untuk harungi itu semua..aku tahu, nasihat dari orang tua aku lebih berharga dari segala-galanya.. terima kasih abah dan mama =)..
masih tentang kerjaya........
kadang kala aku rasa bagaikan robot yang hidup.. di mana pagi2 tepat pada pukul 6.30 sampaila ke malam rutin aku adalah sama.. cuma masalah berbeza.. kadang2 terfikir juga..benarkah aku mahu meneruskan begini..ke aku ada pilihan lain? buat masa ini tiada pilihan yang lain .. kerana aku terikat dengan syarikat aku selama 3 tahun.. jikalau tidak aku dikenakan bayaran yang agak banyak untuk aku seorang yang baru mulakan kerjaya.. ya ada peluang menanti.. tetapi aku terpaksa tolak sebab alasan itu.. apa kan daya..walaubagaimanapun.. rakan2 aku di pejabat sangat aku hormati dan disegani.. kebanyakkan mereka lebih pakar dalam bidang mereka bertahun- lamanya.. alhamdulillah mereka2 ini tak lekok untuk mengajar aku yang masih mencari2 ini.. aku bersyukur dengan itu..
tentang kehidupan.......
ya.. banyak telah terjadi ke atas diri aku.. ada yang baik.. dan ada yang tidak..aku bersyukur dengan semua kebaikkan dan juga redha dengan semua yang tidak.. bagi aku setiap peristiwa ada hikmah di sebaliknya.. dan aku percaya dengan semua ujian yang di beri aku lebih berfikiran matang..mengimbas kembali perkara2 yang telah terjadi membuatkan aku berfikir panjang kenapa, bagaimana..?? ya aku telah mendapat jawapan2 itu.. biarlah aku sahaja tahu.. dan insyaAllah aku lebih fahami kenapa...
masih tentang kehidupan....
alhamdulillah hidup aku tenang bersama keluarga dan rakan2.. merekalah yang memberi aku semnagt dan merekalah temapt aku mengadu..terima kasih.. aku harap masa yang akan datang nanti, aku pula menjadi tempat mereka2 ini bergantung.. insyaAllah jikalau umur yang panjang akan aku usahakan..
tahun baru akan tiba nanti.. ya tahun baru ini banyak yang perlu aku perbaiki dan pelajari..buat masa sekarang ini aku telah melakarkan apa untuk dicapai buat masa 5 tahun akan datang.. ya.. 5 tahun itu masih jauh dan aku tak mahu membazir waktu tatkala begini..banayk perlu aku capai dan banyak aku perlu perbaiki sedikit demi sedikit.. insyaAllah aku harap aku gagah untuk semua..
-coretan hari ini ialah coretan bersahaja semata-mata.. tatkala aku menghabiskan masa hari ini untuk bersedia untuk hari esok- tamat-